Friday, February 7, 2014

Kereta Kancil

If you fall behind, run faster. Never give up, never surrender, and rise up against the odds.
Jesse Jackson 



Bismillahirahmanirahim



Assalamualaikumwarahmatullah !


Aku tertanya – tanya ada tak orang rindu aku ?

dannnnnnn

Apa itu rindu ?





Puihhh geli jaa . Weh Alia apaa ni apaaaa ni


Ahaks


Okay itulah topik kita pada harini . Kelas Memandu


#tetiba


Aku memang nak cerita pasai kelas memandu okay takdak kena mengena rindu ka apa kaaa





Betoilaaaa

Ceh -.- berbalik kepada topik


Test JPJ aku 12/2/2014 nih bersamaan dengan hari Rabu minggu depan !
Ketaq gilaaa wehhh !




So apa aku buat untuk menyiapkan diri aku


Aku pun try la ingat balik apa yang cikgu aku ajaq time kelas memandu yang 8 jam tuh . Kat tempat aku iaitu Kunci Rimbun tuhh dia akan bagi masa latihan 2 jam sehari . Jadi sesi latihan akan ada selama 4 hari.


Lepas habis latihan 8 jam tuh ada QTI pulak . QTI tu apa ? Cikgu tu akan check tengok kita ni dah layak atau tak untuk teruskan dengan test JPJ , kalau cikgu tu bagi kita pass maka kita dah boleh book untuk ambek test JPJ bila bila yang kita nak . Eh sukati aku ja . Test JPJ sebulan ada 2x ja ! Cikgu pulak tak sama . So kita dapat rasa la cikgu lain – lain . Rasa? 



And so calon - calon cikgu bertuah lagi beruntung yang dapat aku adalah seperti yang berikut  ...........


21/1 Cikgu Kereta No 20
22/1 Cikgu Kereta No 15
23/1 Cikgu Kereta No 20
25/1 Cikgu Kereta No 2
27/1 QTI Cikgu Kereta No 20


Dan yang paling paling paling bertuah sekali ialah jeng jeng jeng

Drum roll sikit



Cikgu kereta no 20 !!!!! Yeaaayyyhh tahniah cikgu ! sebab dapat ajaq aku banyak kali :') 


Gambar Hiasan

Tapi memang muka cikgu No 20 tu ada sikit la macam Aaron Aziz . Sikit . Hmm mungkin tak sama langsung.


Nak habaq kat hampa. Aku bawak kereta teruk gila masa first first tuh. Cikgu kereta No 20 garang gila. Aku banyak kali kena marah. Banyak kali kereta aku mati dekat bukit. Sebab tu laa cikgu marah. Makin lama buat makin teruk. Haihhhh

Time dia marah tu aku rasa macam nak nanges wuuuuu T_T.Tapi aku tahan air mata jantan aku nih. Maklumla aku kan wanita gagah ohohohoho




Wanita gagah



Makin lama aku bawak makin sengal . Ketaq weh. Berpeluh habes tangan aku. Bawak kereta senget , masuk line orang , tak dapat kawal stereng , parking senget. Serius weh


Time tu aku fikir akulaa manusia paling teruk bawak kereta kat dunia sampai aku teringat kat seseorang nih







Maseh Spongebob :'(   *lap air mata*


Hari ke 2 latihan pun macam tu .Sampai aku balik rumah rasa down gila gila gila gila





Sedih.

Syuhada Naszeri ada time aku bawak kereta tuh. Dia nampak betapa teruknya aku bawak kereta.
Balik tu dia offer nak bagi panduan macamana nak terer bawak kereta . So thanks to you bro !




Kalau hang baca post nih , ni untuk hang *winkwink


Kalau dia jumpa blog aku la .



Thanks Syuhada , aku kini boleh mengawal dan membawa kereta dengan cekap sekali




Dah boleh drift dah pon ahaks


Lagi sekali thanksss sangatx10000000 . Hanya Allah sahaja yang boleh balas jasa hang <3



So , aku nak share apa yang Syuhada bagi kat aku especially yang nak amek lesen kat Kunci Rimbun


Oh nak baca ni perlukan imaginasi yang tinggi . Sambil baca sambil bayang apa yang nak buat.




Latihan Dalam Litar


Guna gear 1 ja dalam kawasan ni .


LIMA PERKARA

1.ADJUST TEMPAT DUDUK
2.BETULKAN CERMIN DEPAN, CERMIN SISI KANAN, CERMIN SISI KIRI
3.PAKAI TALI PINGGANG
4.CHECK FREE GEAR, START ENJIN
5.CHECK WIPER, CHECK SIGNAL


Latihan dalam kereta

Naik bukit

Lepas garisan tu start tekan minyak – naik bukit – bila side mirror sama dengan palang pertama - tekan clutch rapat, pastu tekan brek – angkat hand brake (tarik kuat2 sebab nanti kereta akan undur kalau tak kuat) – pastu angkat tangan kat JPJ sambil buat muka eksyen

Turun bukit

-Tekan minyak sampai meter tunjuk 3 @ 3.5 @ 4 - sambil tekan minyak tu lepas clutch pelan2 sampai rasa macam kereta tu bergerak kedepan sikit – tahan kaki kat clutch kalau lepas nanti kereta mati – pastu tekan minyak sampai 3 atau lebih balik - turun handbrake – jalan



Parking 3 penjuru
*Rujuk gambar bawah

A. berhenti sebelum tiang - jalan pelan2, sampai bahu sama dengan kayu, pusing kanan habis (cepat-cepat) - bila kereta dah straight, pusing kiri dua kali (nak ambik lajak nak masuk parking)- bila bahu sama dengan kon, pusing kanan habis sampai kereta straight, stop
B. tekan clutch rapat, masuk gear reverse - pusing kiri habis - reverse, sampai kereta straight, stop 
C. tekan clutch rapat, masuk gear 1 - pusing kanan dua kali – jalan



Bahagian nih takleh berhenti atau mati enjin kalau tak, gagal


Parking reverse
*Rujuk gambar bawah

A.Jalan rapat ke line kiri - sebelum garisan hijau , stop - tekan clutch rapat, masuk gear reverse - reverse sampai punat kunci sama dengan tiang 1
B.Pusing kiri dua kali  reverse sampai kereta selari dengan tiang 2 (Nampak tiang seketoi) - pusing kanan dua kali (nak bagi tayar straight) - reverse sampai tayar sebelum garisan putus-putus tu 
C.Pusing kanan sampai habis - tahan stereng jangan bagi gerak, reverse sampai tayar atas garisan hitam - pusing kiri dua kali (nak bagi tayar straight balik)- check tayar, angkat tangan 
D.Pusing kanan habis - tekan clutch rapat, masuk gear 1 - keluar (jangan langgar garisan coklat!nanti fail)


Line tu saja letak kaler kalau real warna putih je la

DONE !



Pastu latihan kat jalanraya . Aku rasa tak payah kot sebab kat jalanraya lagi senang *kot daripada kat dalam litar. 


Okay , kepada yang bakal ambik test JPJ sama dengan aku . Gudluck ! Sebelum start ujian tuh selawat banyak2 bagi hilang nervous

Kepada yang dah pass test JPJ . Tahniah ! Dah dapat P yaaaa, seronoknyaaa boleh ronda2!

Dan kepada yang nak ambek lesen nanti atau sedang dalam latihan. Selamat Berjuangg

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Aminnn




P/s : Latihan Moto lagi dua jam tak suka benci titi T_T


Nanti - nantilaa moto

Ceh . Bye !


Toodless ~~!!


@aliayeah

6 comments:

  1. aku baca harey tak faham sebab aku lesen belum ambik hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayob nanti bila hang nak amek lesen rujuk la post aku :3

      Delete
  2. peyok ! goodluck weh ! nnti boleh join kelab org2 dah ada lesen =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh Hazy dah ada lesen wuuuuu ~ Moto hang amek daakkk ?

      Delete
    2. nope. aku amik kereta je. sbb tu cepat bak hang

      Delete
  3. Org mana kalau duk area Selangor boleh x ajar saya

    ReplyDelete