Saturday, February 22, 2014

Habaq Tak Awat

“Be who you are and say what you feel, because those who mind don't matter, and those who matter don't mind.” 
 Bernard M. Baruch


Assalamualaikumwarahmatullah !


Harini aku nak share sikit dialek utara


Ada orang cakap , depa tak paham aku cakap apa *seriously


So aku nak share la serba sikit , berdasarkan 18 taon aku dok kat Kedah ni ( bajet cam lama ja )



Motif Gambar ? Entah



*Ni sikit ja , ada banyak lagi ,jenuh la aku

*Ada certain perkataan nih yang aku tak penah guna pun dalam percakapan seharian tapi aku tau, pasai sepupu n sedara aku kat Canglun selalu guna 

*Depa tu cakap pekat tahap arwah kot



Loghat Kedah @ Utara



1)Pulun
-Bersungguh
“Wey , gila betoi spm lagi sebulan kot , aku kena pulun habeh kalu tak luluih mampuih kena putaq pala ngan pak aku” ujar ujang kepada awang


-Tamak/Semua bolot kot dia
“Minah tu pulun gila , habeh semua jawatan , pangkat , darjah kebesaran pi kat dia , tak bagi oghang laen can(chance) langsung !”


2)Loqlaq
-Cemerkap/Clumsy
“Abu , awat hang loqlaq sangat nih bawak ayaq kopi terketaq ketaq sampai habeh tumpah nih ”


-Tak senonoh
“Hang toksah dok buat loqlaq kat sini Minah , dok tampaq pungkoq oghang pasaipa ?!?!!” <--hahaha -.-


3)Hawin
-campak
“Hang dok diam diam sikit , satgi aku hawin hang sampai ataih menara loq staq tu baru hang tau kot !”ujar penculik tersebut kepada Salmah


4)Koi
-Semakin
Koi lama koi cepat noh masa berlalu , sat ja anak Mak Limah dah besaq , dulu hinguih dok meleleh ja skang tudia jadi anak dara dah”

5)Darai /Daghai-
-Pondan
Laaa aku ingat betina, punya lawa nak mampuih sekali keluaq sora macam bapak oghang , daghai rupanya !

6)Segan /Penyegan
-Juga membawa maksud malas
Segan aku nak pi kedai , aku nak tengok spambob ni


7)Baloq liat
-Pemalas nak mampuih, tahap dewa
Awatlaa hang ni penyegan sangat , suruh buat kerja sikit buat muncung sedepa , punyalaa baloq liat aku hantaq pi hutan baru tau

8)Gerek/Geghek
-Basikal
Wey Abu , pinjam geghek hang sat aku nak pi kedai beli nyoq (nyiur) , geghek aku ghosak hantaq dah pi kedai apek suruh dia repair buang ( repair buang - buang tu macam penyedap ayat la )

9)Herot
-Senget
10)Pengkaq
-Jalan mengengkang / sepak bola senget
Tudialaaa , macamana nak gol , Kori tu pengkaq,sepak bola pun herot, awat jurulatih amek dia main taktau


11)Bakhang/ baq hang
-Cakap dekat kau/ shortform for habaq dekat hang
Nasik goreng kat restoran tu sepinggan 7 hinggit, 2 kupang 5 duit ! mahai gila bakhang , kalau aku tau tobat aku makan kat warung Mak Jenab kat bawah flat tuh jaa T_T


12)Palu
-Bukan ulaq kena palu , ni singkatan untuk “apa dulu” ataupun lebih mesra maksudnya “apa tunggu lagi” , camtu laa (ni ayat terbaru)
“Dah dah hampa toksah dok buat susah hati, watlek watpis skang tengok bola palu palu !”


tidoq palu , makan paluuuuuu


13)Ciwi
-Perasaan sayang akan sesuatu yang tak kena tempat
“Dah dahlaa tu ,pi la simpan kasut hang tuh bukan nak pakai sekarang , yang hang dok buat ciwi apa 24 jam tak lepaih2 kasut tu -.-


14)Beghetoh
-Terbelaga/collide each other / terjumpa orang yang kita kenal
-Bergegaq pala otak aku tadi beghetoh ngan uncle muthu, tudia bengong sat 7 minit
- Tadi aku terbeghetoh ngan Ali kat market dia kim salam kat hang

15)Katup
-Tutup ( kelantan pun guna nih )
Pi katup sat lauk tu satgi lalat berteloq, pakat berebut bilik ayaq kot, saket perut

16) Ndoi
-Buai / membuaikan
“Budak tu tidoq punya lena dalam ndoi senyap teruih kalau dak tadi hingaq macam nak sumbat doghian (durian) jaaa dalam mulut dia ” bilang kak teh kepada kak cik dengan penuh tidak berperasaan

17)Cemuih
-Meluat 
Jom balik rumahlaa bang mat oi, cemuih ceq nak tunggu, pukui berapa satgi baru nak boleh beli pin upu , punyalaaa ramai orang . Time aku nak beli depa gaduh nak beli jugak haihh


18)Piang
-Terlalu sangat
Hang ni bodoh piang ! Suruh buat kerja sikit tak reti ! Semua nak tanyaa !

19)Cunggit -
-Macam senget , 45 darjah camtu
"Mat, mai dok tengah sikit, satgi cunggit, hang tu dahlah badan macam gasi"

20)Teqhebey
– Melastik (kelantan pon guna ni)
“Kepala pengadil habeh berdarah kerana diteghebey oleh penyokong kedah yang tidak puas ati...


21)Toyu
-Kicap ( aku tak guna toyu , aku sebut kicap :)
22)Beghemba
-Bersaing-saing
"Kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang" mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan bekal nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah pada pagi kelmaghin.


23)Ketayap
-Kopiah ( rasanya ketayap semua pakai kot)
“Dayah pi lekaih bagi kat pak hang ketayap ni dia nak pi mesjid satgi”


24)Aih Ketoi
-Ais batu
Pi beli sat aih ketoi kat kedai pak harun, satgi tok nak mai rumah kita , nak buat ayaq oren nih


25)Reban/ gheban
-Jatuh musnah
“Hang ni aku nak kata hang tak sedaq diri , hang marah , dah tau berat hang tu macam anak ikan paus yang hang pi panjat almari tu pasaipa , satgi gheban la almari tu mak cik oi”

26)Gatai meghela /meghenyam
-Miang
Hang dok kenyit2 mata pa kat aku , aku terajang satgi terabuq gigi, dah la tua cucu 14 dok buat gatai meghela pa tang sini


27)Berlengaih / berlengas
-Melekit
Badan aku rasa berlengaih aih nak pi mandi takpa kot malam malam laguni

28)Belen
1.Baki
Mak Noq, mana belen saya lagi 2 kupanng ? Bukan berkira satgi saya nak pi tikam dapatlaa kacang dua genggam


2.Pompuan bohsia / tudung lipat atas , kain singkat ( minah banjir)
“Woi ,tengok tu belenn, awat lipat tudung lagutu taktau , ingat segak ka lagutu ?”


3.Bahasa bila orang marah , pastu cakap kat kita atau lebih teruk kaitkan makpak kita
“Mak hang belen


29)Menghenyut
-Banyak , ramai atau kena hurung boleh guna untuk binatang juga seperti semut
Tudia menghenyut orang kat Amanjaya, pakat pakat nak tengok konsert JomHeboh 

30)Dogoi
-Botak
Billy Mehmet sering diejek Keon toyol kerana kepalanya yang dogoi memang tak tumpah seperti toyol


31)Kelia
-Clear ( cantekk ahh )
Homework aku tinggai addmath sikit, pastu buat peka bio sat , lepaih tu keliaa aih


32)Mengaji
-Bukan sahaja mengaji iqra tu, boleh jugak bawak maksud belajar kat sekolah mahupun kat Universiti
33)Ketegaq
-Degil
“Paiz dok buat ketegaq dia , oghang suruh pi mengaji takmau , hang tengok besaq nanti nak jadik apa, nak jadik guard kat Kilang Biskut tu pun tak lepaih, punyalaa penyegan nak mampuih !


34)Kahaq
-Kasar , Tough , ganas pnya orang macam aku kui kui
“Tak padan ngan pompuan punya kahaq , ni mesti kecik2 luh geng ngan laki, pompuan ni"


35)Menyorok/Nyorok/Nyoghok
-Sarapan
“Jom nyoghok sat pekena roti teloq kat kedai tu, lapaq kot pagi2 ni”


36)Kutey
-Cubit yang kecik kecik tu , sakit kot
“Paley teruih tak keluaq bilik lepaih kena kutey ngan mak dia , merajuk pa taktau”


37)Segak
-Cantik,lawa,hensem. Digunakan untuk kedua dua jantina
38)Cengey
-Garang gila
“Muka punya segak , tapi awat yang cengey sangat ngan abang ni , nak kenai kenai ja tak buleh kaa?”ujar Pak Deris kepada Ina


39)Meghelit
-Lip lap , berkilat , shining gitu
“Dulu depa semua kata muka aku macam cina , tapi sejak balik PLKN ni aku ghasa macam bangla , hitam meghelit


40)Teriak /Teghiak/Gheyau
-Nangis teruk gila laa
“Toksah dok teghiak/gheyau laa ,makin huduh muka hang dah la memang huduh , tu pi lap hinguih hang tu”

41)Terjengoi
-Tiba2 ada,
“ Nak terberenti jantung aku tiba2 keluaq bilik ayaq nampak kepala terjengoi kut tingkap , rupa rupanya adik aku , kuang ajaq”
-Memang obvious nampak benda tu
“Awatla hang ni kedekut sangat, pi laa beli kasut baru ni teruk sangat aih sampai ibu jari terjengoi keluaq.Aku nak jalan sebelah hang ni pun rasa malu”

42)Kawaq
-Pencuri
Kawaq mana laa malam2 ni dok lesap moto orang , dah la moto aku Ex5 ja kot memang terdesak sungguh kawaq ni ”


43)Pelaq
-Celaka , sial ( selalu digunakan kalau orang tu tengah marah )
“Sampai bila kita nak tengok liga kita macam ni? Team kita teruk bukan sebab pemain, puncanya dari pucuk pimpinan FAM yg p*laq”


44)Ghunaih
-Perbuatan garu , korek , kopek kulit/luka mencungkil sesuatu
“Geram betoi tengok jerawat nih , rasa cam nak ghunaih ja”


45)Ligan
-Kejar
“Hang tunggu sat , aku ligan hang , satgi kalau aku dapat ,siap hang ! “


46)Nala
– baguih punya , ayat penguat
“Tudiaa rumah dia nala punya besaq , 7 keturunan muat kot”

47)Cekelat

 - semua jenih coklat , mentos , gula2 semua jadik satu jenih
Ngantuk la wey , huloq cekelat hacks kat aku sikit , dok pedih mata tahan ngantuk ,cikgu ni beletiaq apalaa nala punya panjang

48)Kasut

-semua jenih kasut dan selipar
“Nak keluaq pi sidai kain pakai laa kasut kak oi , satgi cacing masuk kot tapak kaki hang nanti naya kot”

49)Tanjai
-Terajang , tendang
“Agak agak kalau aku tanjai pala hang bengong kot seminggu”


50)Ghabat
-Panjat
“Elok dah , lepas makan ghamai ghamai ghabat naik katil , pakat tidoq” kata Joyah kepada Maten dalam dorm


51)Cabai
-Cili
“Hang jaga sikit mulut hang tu satgi aku cabai mulut hang naya kot!”


52)Tergagai
-Terhegeh hegeh camtu laa
53)cekang
-Hebat , terer
Cekang gila hang dapat 4 flat , aku pon dok tergagai ni”


54)Cebok
-Gayung
"Macamana aku nak basuh kaki nih , cebok takdak !"


55)Menyerit
-Sangat laju laa ,
56)Ayaq acaq
- Air kotor , air longkang , kumbah
“Depa bawak moto punyalaa menyerit , sampai terpercik ayaq acaq terkena kami, habeh basah aih”

57)Cempegha
-Perangai tak tentu hala ,Cam jakun laa
"Hampa pi tempat orang jangan dok buat cempegha sangat , malu kot oghang aih , dok tengok"

58)Boh pi
-Letak la macamana pun
Boh pi la lagumana pun janji keja hang kemaih n tersusun”

59)Bebai
-Merajuk yang memberontak gitu
“Tengok tu Jah , ikut perangai sapa taktau kena tegoq sikit , bebai ...bubuh penampaq baru dia tau” Kata Abu Musa kepada isterinya


60)Ghengau
-Cakar
“Hang toksah dok main main ngan kucing tok som tuh , kucing dia spesis laen sikit, punya cengey satgi dia ghengau hang masuk ICU kot”


61)Tokak
Gigit
“Woi Shapie hang dok buat berani pa acah2 anjing tuh , satgi dia ligan lepaih tu tokak hang, dengan aku aku sekali kena”


62)Keloi
-panggil
“Fans Johor yang dekat SDA tu , pi merendek lu woi balik pa awai awai , alang alang dok kat kedah dah , Danok dok keloi tu”


63)Camca
Sudu
“Hang ni makan guna tangan la dok mintak camca pasaipa , kita ni orang melayu lagipun sunnah makan pakai tangan ni”


64)Deraih/pedeghaih kata asal (deras)
-Sama macam menyerit tadi , laju laju
“Lapaq weh , jom pedeghaih pi makan nasik kandaq nasmir jom, tapi hang belanja la”

65)Daun Karapole
Daun kari
“Tok saya menyuruh saya mengambil daun karapole namun saya tidak mengerti lalu dia berkata kepada saya , sesungguhnya daun karapole itu daun kari” saya pun mengangguk kepala penuh keriangan lalu berkata kepada nenek saya “Habaq tak awat”



Sorry ayat aku macam tak best , mohon betulkan kalau salah -.-



Dan sesungguhnya banyak bahasa mencarut , maki hamun yang amat dahsiat yang saya tau tapi , tak payah la kot tulih sini :')


Buang yang keruh ambil yang jernih




Kalau nak kira , aku ni tak cakap pekat kot , setakat tukaq r jadi q ... camtu laaa *ya ka



Belum dapat kat orang yang cakap pekat tahap arwah , aku sendirik pun kurang paham

Laguni










Kalau dululaaa orang kedah @ utara cakap keyel memang kena gam/paku laaa
pasai “mak hang beranak tang mana”













tapi sekarang ramai jewwww ja yang cakap keyel




@aliayeahhhh




P/S : Masa aku balik , time cuti sekolah tahun lepas ( masa tu aku sekolah kat johor) aku cuma cakap air instead of ayaq dahhh kenaa pegheli bakhang . Sedih betoi hahahha



5 comments:

  1. perghh, boleh jadi cikgu bahasa kedah ni (y) I like this entry ! :)

    ReplyDelete
  2. atodiaaa aku yang ic 02 pun tak cakap pekat macam ni baq hang !!

    ReplyDelete
  3. mnarik bahasa kedah...sy suka dengaq org utara ckp..hoho

    ReplyDelete
  4. www.indobet77.com

    Master Agen Bola , Casino , Tangkas , Togel Terbesar
    dan Terpercaya Pilihan Para Bettor

    Promo Terbaru :
    - Bonus  10% New Member Sportsbook
    - Bonus 5% New Member Casino Online
    - Bonus 10% Setiap Hari Bola Tangkas
    - CASHBACK untuk Member
    - BONUS REFERRAL 5% + 1% Seumur Hidup

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : indobet77_sb2@yahoo.com
    - EMAIL : indobet77@gmail.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7238
    - WECHAT : indobet77
    - SMS CENTER : +63 905 213 7238
    - PIN BB : 2B65A547 / 24CC5D0F

    Salam Admin ,
    http://indobet77.com/

    ReplyDelete