Sunday, February 16, 2014

37.5°C

My personal goals are to be happy, healthy and to be surrounded by loved ones.
Kiana Tom


Banyak benda yang terjadi minggu ni.


Dah seminggu aku tak tulis kat sini . Sibuk cari template yang sesuai untuk blog last2 aku guna yang lama balik -.-


Rabu haritu aku ada test JPJ . Alhamdulillah lulus ! Bersyukur gila gila dapat JPJ yang baik. Ada gak mati kat traffic light,ingatkan dah tak lulus tapi alhamdulillah dia bagi lulus jugak T____T

Masehhhhhhhhhh^^


Abang Pak Cik JPJ

Aku malas nak cakap dekat twitter melainkan kalau ada orang tanya sebab ada kawan aku yang tak pass . Aku rasa bersalah kat depa :'(




Selasa sebelum tu pulak JDT vs Kedah . JDT 3 – 1 Kedah . Tahniah JDT ! Selasa ni lawan balik kat Stadium Darul Aman . 3 Kad merah 7 kad kuning , dahsiaat ohhh , Badd pon kena kad merah :( Seronok referee tu main kad haha


Dahsyiat gambaq nih 

Jumaat semalam pulak N9 vs Kedah . N9 1 – 0 Kedah . Ayah aku vs Mak aku . Hehe


Semalam tu jugak aku rasa demam time tengok live streaming kat youtube. Bukan sebab kalah ka apa . Aku minat biasa2 ja bola nih . Menang ok, kalah pun ok :D . Entah cuaca tak menentu sekarang. Pening gila kepala.




Malaysia panas kan sekarang? Semalam hujan gerimis, tu pun kejap jaa . Mak cakap depa ada buat solat hajat mintak turun hujan kat mesjid.


Ayah aku suruh gi klinik tapi aku takmau lepastu yang bestnya aku makan ubat demam/pening kepala ayah aku , nahh amek kau lembik terus bangun pagi nihh. Power gila kesan dia




Orang sekarang kalau demam mesti makan ubat tak pun telan sebijik dua panadol . Tapi sekarang kecoh kata panadol ni tak elok sebab boleh effect buah pinggang n hati . Pastu kalau makan panadol ni, dia akan 'tinggal' 5 tahun dalam badan kita .Wallahualam.

Gambar hiasan

Emgeeee !  maknanya panadol yang aku makan masa form 3 masih ada dalam badan aku !!!


So jom try petua orang dulu dulu untuk hilangkan  redakan demam ! Dijamin tiada side effect yang memudaratkan ! Cubalahh tanpa was was dan ragu ragu !


Petua dulu2 kata kalau demam boleh guna daun bunga raya + air

Bunga raya tu nak kena guna kaler apa ? Merah ? Putih ? Kuning ? Oren ? Biruu? Lol tak kisah pun laa yang nak guna daun bukan bunga dia -.-

Hibiscus rosasinensis ( nama saintifik )


Nama lain bunga raya Kembang Sepatu . Bukan sepahtu okay  lawak hambar


So dulu kalau tau sapa2 ja demam kat umah , mesti akan lari keluaq rumah , kutip daun bunga raya .Dulu mak aku ada tanam bunga raya kaler merah ngan putih. Habis pokok tu aku bogelkan , tinggai sehelai sepinggang gitu dah tak nampak rupa pokok dah .. haha sian

Keadaan pokok bunga raya mak aku lepas aku cabut daun dia


Lepastu daun tu kita ramas2 atau racik2 dalam air , kemudian guna handkercief atau towel kecik untuk sapu ke seluruh badan. Biarkan kain yang basah tu kat atas dahi kita .Kalau demam panas bolehlaa try sebab boleh sejukkan badan.






Sekarang tak main dah daun bunga raya nih , orang pakai koolfever . Haha dulu ada gak try pakai koolfever. Pakai kejap pastu simpan balik dalam peti ais konon nak bagi sejuk balik dan of course untuk tidak membazir (mahal kot time tu)  Memang sengal . Last2 kering koolfever tuhh -.-




Lagi satu , dulu kalau demam mesti beli air cap badak .Orang kata dapat sejukkan badan . Rasa dia pun lain sikit .

 Kalau tengok , memang saling tak tumpah seperti air masak , tapi tu laaa aku pun taktau dalam tu ada apa n kenapa depa letak nama cap badak.

 Masa kecik2 dulu aku mati mati ingat air tu diperbuat daripada tanduk badak tuhh -.-


Kini dalam bentuk tin



Kesimpulannya, kalau nak sembuh, kena betulkan mindset dulu , tak kira laa apa apa pun . Kalau kita kata makan itu, minum ini baruuuuuuu sembuh, susah jugak !  Its all about mindset !!!



And kalau asyik cakap tak larat ja, memang tak sembuhlaaaaa sooo kita mestilaa hidup cergas !


Ohh aku demam nih mungkin sebab hidup tak produktif kot -.-


Macam sekarang , demam2 sempat lagi online ahaks tapi alhamdulillah dah ok sikit :D

Bye , Assalamualaikum !


@aliayeah



4 comments:

  1. yok kau demam ghupenye patut den tengok ekau sonyap jo kat twitter tu . Cepat sembuh ye !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sonyap tak sonyap , mung lagi sonyap even tak demam , apo cito ? haha

      Delete