Wednesday, February 26, 2014

Baby, you so hot !

You make me so hot, make me wanna drop You're so ridiculous, I can barely stop - Avril Lavigne, Hot



Sekarang ni musim kemarau (lebih kuranglaa) . Memang  panas panas panas membara  yang amatlaa  boleh tahap boling point paaa Kalau dulu sejuk gila kot ! sampai kecoh kata Malaysia nak turun salji laa semua . Tapi seyez time tuu memang sejukkk...








Tapi sekarang terbalik , sangat panas gila babengg !. Husshhh , bukan panas dosa .....tuuuu lain .. Nih panas yang tahap , hang dok saja tak buat apa2 pun boleh keluaq peluh , even hang pasang kipas yang putaq sampai 5 ! 




Credit to Leez




Certain tempat kat Selangor , air dah kena catu . Alhamdulillah sini , tak sampai tahap tu lagi, sebab air kat empangan ada banyak lagi (depa la kata) . But still kena jimat air T___T




Memang hot


So ni adalaa sikit tips2 untuk jadi 'cool


Berdasarkan pemerhatian , pendapat responden dan juga rujukan di internet ni laaa serba sedikit tips untuk sejukkan badan




Bukak tingkap pagi2


Haaa ,bangkit tidoq tuu, lepas lipat selimut semua , bukak la tingkap . Untuk pengudaraan. Bagi udara sejuk masuk. Aku memang tetiap pagi bukak tingkap , memang sejuk laa ,nyaman jaaa (rasa macam ada dekat cameron highlands gitu). Tapi tunggu cerah sikit dalam kul 7.15 baru bukak , ni lepas solat subuh terus bukak tingkap, nanti nyamuk masuk gigit hampa, gatai ,, jenuh dok garu






Tapi kalau bangkit tidoq pukul 10,11 jangan harap laa nak rasa nyaman time bukak tingkap -..- (tapi still kena bukak tingkap)






Mandi


Mandi laa awal2 pagi , memang akan rasa fresh . Fuhh, memang susah nak mandi awal kan, tambah2 kalau cuti sekolah. Disebabkan panas nih , aku pun kerap gak mandi. Melekit kot badan











Pakai syampu @ sabun badan sensasi dingin


Aku cadangkan , beli sabun atau syampu yang bilamana lepas mandi tu, rasa berangin, fresh gitu ... buat sementara ni takyah la pakai goat's milk, sakura whitening , lavender ka apa .. belilaa yang macam ice cool semua tuu . Hampa bayangkan , dahla hampa gosok gigi rasa berangin (kalau hampa x guna ubat gigi perisa stroberi laaa), kepala pun rasa berangin , badan pun berangin .. fuhh memang syokk aaaaaaaa! Ni cadangan ja , tiada unsur iluminati ,menghasut, promote ka apa :p






Nampak, nama pun ais mesti sejuk



Aku penah pakai ni memang berangin kepala aaaaa




Banyakkan minum air masak 



Musim panas camni, of courselaa kena minum ayaq masak banyak2 . Tak sampai seminit minum ayaq , rasa dahaga balik betoi dak ? Sukatan yang kita kena minum 8 gelas atau 2 liter sehari , tapi aku tak penah kira pun berapa banyak aku minum dalam sehari. Hampa kira ka ? Rasa dahaga, minum ja laa kannn haha xD


Bukan apa , water ni can regulate body temperature !  






Tengok gambar ni rasa dahaga pulak





Pakai baju longgar


Hampa toksah dok eksyen kat rumah pakai baju tebai2 bulu kambing semuaa .. pakai laa baju tshirt longgaq sudah . Nak lagi best pakai baju kelawaq . Angin boleh masuk semuaa arah. haha . Lagi satu, pakai la kain batik or pelekat , haaa angin pun boleh masuk jugak tapi tak sepower baju kelawaq laa bhahaha xD apa? tak reti pakai ? Jangan risau , Hampa ameklaa kain sekolah yang kaler turqoise tuu , pakai kat umah .. ada kancing dan mata siap , kompemm tak terlondeh !




Pakai baju longgar pun masih mengancam auww




Pasang kipas (of course)


Ni memang wajib , gila betoi rumah sapa yang tak pasang kipas tuh ! berjimat nak bajet RM18 sebulan ke kak oi ? Toksah la kedekut sangat , pasanglaa ... kang bertakung air peluh kat rumah tu kangg , tak memasal banjir . Tapi janganlaa pasang kuat sangat , kalau dah max 5 , pegi pasang 6 .. tak nama kipas dah nanti , habes tercabut jadi boomerang , habes putuih palaa orang





Seriau aku tengok



Makan buah


Buah ni memang bagus . Makanlaa buah yang ada banyak air, cam tembikai, oren kaa . Ya Allah , sedapnya tembikai , berjuicy tuu ... Nak lagi best, simpan laa dalam peti ais .. pastu boleh potong dan makan beramai ramai (tu pun kalau hampa nak kongsi la) ahaks . Nak buat jus pon bolehhhhh










Jangan marah bang , 



Dahla panas , dok marah2 .. memang bertambah 'panas' laaa . Marah itu datangnya daripada syaitonnn , syaitonn itu diperbuat daripada api . Memang hott laa .. Kalau marah sangat , minum air , pastu amek wudhuk. Pastuuu tau kan kalau berdiri , kena duduk , kalau duduk , kena baring... . Tapi tu laa , kita kat rumah ni nak marah siapa jaa , tersepak bucu katil , marah katil .. terlanggaq dinding , marah dinding , kucing miauu sikit marah kucing, ish ish konflik dalaman betul ...









Kalau diberi pilihan antara air dan elektrik ? Hampa pilih mana ?





@aliayeaaahhh



Sunday, February 23, 2014

Al Mulk

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
- (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Bismillahirahmanirahim


Assalamualaikumwarahmatullah !


 Alhamdulillah :D


So harini aku nak share pasal Surah Al Mulk





Dulu masa kat asrama tiap - tiap hari mesti wajib baca surah Al Mulk .


Announcement akan dibuat oleh para naqibah macamni haaa



Wajah wajah naqibah yang selalu buat announcement turun mathurat , baca al mulk


"Perhatian kepada semua Muslimah , sila pulang ke dorm masing2 kerana bacaan Al Mulk akan dijalankan 5 minit dari sekarang , diulang , perhatian kepada semuaaa Muslimah , sila pulang ke dorm masing2 kerana bacaan Al Mulk akan dijalankan 5 minit dari sekarang"



Blok pujangga & Sarjana



So tiap tiap hari akan buat halaqah baca Al Mulk, iqamat, ayat kursi semua dengan ahli dorm, selalunya pukul 11.15 pm sebab light off pukul 11.30 pm.


Jadi


Kita teruskan tak amalan kita baca surah Al Mulk dekat rumah ?


Bukan baca Al Mulk ja , lain2 amalan jugaklaa .Kat asrama boleh buat , kenapa kat rumah tak boleh ? T___T *nota kepada diri sendiri juga


Ketua Naqib bersuara



Jadi



Apakah kelebihan Surah Al Mulk ni ?




Hadis 





Mati itu pasti 





Buat tiap2 hari , nanti akan terbiasa , insha Allah :')







Dengar orang baca Al Quran pun dapat pahala :')







Kalau boleh faham maksud sekali :')

Apa gunanya ada Al Quran terjemahan

tapi tak baca dan faham maksud .



#Deep #TerasaSendiri #NoteToMyself



Insha Allah (y)





@aliayeaaaahhh




Saturday, February 22, 2014

#BolaLol

"I am living a dream I never want to wake up from." - Christiano Ronaldo



Saya rasa amat terharu apabila dilantik menjadi admin kepada #BolaLol walaupun saya sangat tak layak :(

Sebabbbbbb

Pasal bola ni aku cuma tau yang dalam negara ja ,tu pun tak banyak.Sikit ja. sangat sikit
Sebab aku tengok bola bila team peberet aku n Malaysia lawan ja . #hohoho

Kalau yang international lagiiiiiiiiii laaaaaa. Sebab bapak aku tak minat bola n orang sekeliling aku macam tak gila bola sangat. Kalau Azra ya la kot , dia selalu cerita dia n bapak dia tengok bola sama2 . Azra minat Manchester United ! 





So apa apa je la , mari follow blog ini , dengan usahasama rakan2 saya daripada Sains Muoor



Boleh dikatakan blog kedua aku jugaklaa, ( nak mengaku blog sendiri pun rasa bersalah) sebab aku baru sumbang satu post  !!! ahaks 


Yeah inilah dia , mempersembahkan BOLALOL : Bola bukan bahalol 





Ada game yang best kat bawah






Majulah sukan untuk negara ! 




@aliayeaaahhhh




SEGMEN&GIVEAWAY BY IKHWAN YUSUFF

“There's doubt in trying. Just do it or stop thinking.” 
― Toba Beta



Assalamualaikumwarahmatullah !


Ni first time aku join giveway , yeaaaaaaaaaaaaah ! *Excited* Aku zahirkan 'keinginan' aku untuk bergiveaway dekat laman sosial Twitter


Saja nak habaq :p


Lagipun , Saudara Ikhwan Yusuff cakap  tulis dekat blog dia "Kebaikkan yang korang dapat dalam 'bergiveaway' secara tak langsung dapat juga menambahkan kenalan maya " Asikkkkk banget !







Jom join rakan rakanku sekalian ! klik banner untuk informasi yang lebih lanjut !

Yang bestnya kalini , Saudara Ikhwan , buat 2 in1 sekali sebab ada SEGMEN:KENAL-KENAL BLOGGER dan BEAUTY QUOTE GIVEAWAY . 


So , inilah !


Quotes 









Rindu kawan - kawan :')


Oh , tarikh akhir join ni 1 Mac 2014 :D





@aliayeaaahhhh


Habaq Tak Awat

“Be who you are and say what you feel, because those who mind don't matter, and those who matter don't mind.” 
 Bernard M. Baruch


Assalamualaikumwarahmatullah !


Harini aku nak share sikit dialek utara


Ada orang cakap , depa tak paham aku cakap apa *seriously


So aku nak share la serba sikit , berdasarkan 18 taon aku dok kat Kedah ni ( bajet cam lama ja )



Motif Gambar ? Entah



*Ni sikit ja , ada banyak lagi ,jenuh la aku

*Ada certain perkataan nih yang aku tak penah guna pun dalam percakapan seharian tapi aku tau, pasai sepupu n sedara aku kat Canglun selalu guna 

*Depa tu cakap pekat tahap arwah kot



Loghat Kedah @ Utara



1)Pulun
-Bersungguh
“Wey , gila betoi spm lagi sebulan kot , aku kena pulun habeh kalu tak luluih mampuih kena putaq pala ngan pak aku” ujar ujang kepada awang


-Tamak/Semua bolot kot dia
“Minah tu pulun gila , habeh semua jawatan , pangkat , darjah kebesaran pi kat dia , tak bagi oghang laen can(chance) langsung !”


2)Loqlaq
-Cemerkap/Clumsy
“Abu , awat hang loqlaq sangat nih bawak ayaq kopi terketaq ketaq sampai habeh tumpah nih ”


-Tak senonoh
“Hang toksah dok buat loqlaq kat sini Minah , dok tampaq pungkoq oghang pasaipa ?!?!!” <--hahaha -.-


3)Hawin
-campak
“Hang dok diam diam sikit , satgi aku hawin hang sampai ataih menara loq staq tu baru hang tau kot !”ujar penculik tersebut kepada Salmah


4)Koi
-Semakin
Koi lama koi cepat noh masa berlalu , sat ja anak Mak Limah dah besaq , dulu hinguih dok meleleh ja skang tudia jadi anak dara dah”

5)Darai /Daghai-
-Pondan
Laaa aku ingat betina, punya lawa nak mampuih sekali keluaq sora macam bapak oghang , daghai rupanya !

6)Segan /Penyegan
-Juga membawa maksud malas
Segan aku nak pi kedai , aku nak tengok spambob ni


7)Baloq liat
-Pemalas nak mampuih, tahap dewa
Awatlaa hang ni penyegan sangat , suruh buat kerja sikit buat muncung sedepa , punyalaa baloq liat aku hantaq pi hutan baru tau

8)Gerek/Geghek
-Basikal
Wey Abu , pinjam geghek hang sat aku nak pi kedai beli nyoq (nyiur) , geghek aku ghosak hantaq dah pi kedai apek suruh dia repair buang ( repair buang - buang tu macam penyedap ayat la )

9)Herot
-Senget
10)Pengkaq
-Jalan mengengkang / sepak bola senget
Tudialaaa , macamana nak gol , Kori tu pengkaq,sepak bola pun herot, awat jurulatih amek dia main taktau


11)Bakhang/ baq hang
-Cakap dekat kau/ shortform for habaq dekat hang
Nasik goreng kat restoran tu sepinggan 7 hinggit, 2 kupang 5 duit ! mahai gila bakhang , kalau aku tau tobat aku makan kat warung Mak Jenab kat bawah flat tuh jaa T_T


12)Palu
-Bukan ulaq kena palu , ni singkatan untuk “apa dulu” ataupun lebih mesra maksudnya “apa tunggu lagi” , camtu laa (ni ayat terbaru)
“Dah dah hampa toksah dok buat susah hati, watlek watpis skang tengok bola palu palu !”


tidoq palu , makan paluuuuuu


13)Ciwi
-Perasaan sayang akan sesuatu yang tak kena tempat
“Dah dahlaa tu ,pi la simpan kasut hang tuh bukan nak pakai sekarang , yang hang dok buat ciwi apa 24 jam tak lepaih2 kasut tu -.-


14)Beghetoh
-Terbelaga/collide each other / terjumpa orang yang kita kenal
-Bergegaq pala otak aku tadi beghetoh ngan uncle muthu, tudia bengong sat 7 minit
- Tadi aku terbeghetoh ngan Ali kat market dia kim salam kat hang

15)Katup
-Tutup ( kelantan pun guna nih )
Pi katup sat lauk tu satgi lalat berteloq, pakat berebut bilik ayaq kot, saket perut

16) Ndoi
-Buai / membuaikan
“Budak tu tidoq punya lena dalam ndoi senyap teruih kalau dak tadi hingaq macam nak sumbat doghian (durian) jaaa dalam mulut dia ” bilang kak teh kepada kak cik dengan penuh tidak berperasaan

17)Cemuih
-Meluat 
Jom balik rumahlaa bang mat oi, cemuih ceq nak tunggu, pukui berapa satgi baru nak boleh beli pin upu , punyalaaa ramai orang . Time aku nak beli depa gaduh nak beli jugak haihh


18)Piang
-Terlalu sangat
Hang ni bodoh piang ! Suruh buat kerja sikit tak reti ! Semua nak tanyaa !

19)Cunggit -
-Macam senget , 45 darjah camtu
"Mat, mai dok tengah sikit, satgi cunggit, hang tu dahlah badan macam gasi"

20)Teqhebey
– Melastik (kelantan pon guna ni)
“Kepala pengadil habeh berdarah kerana diteghebey oleh penyokong kedah yang tidak puas ati...


21)Toyu
-Kicap ( aku tak guna toyu , aku sebut kicap :)
22)Beghemba
-Bersaing-saing
"Kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang" mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan bekal nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah pada pagi kelmaghin.


23)Ketayap
-Kopiah ( rasanya ketayap semua pakai kot)
“Dayah pi lekaih bagi kat pak hang ketayap ni dia nak pi mesjid satgi”


24)Aih Ketoi
-Ais batu
Pi beli sat aih ketoi kat kedai pak harun, satgi tok nak mai rumah kita , nak buat ayaq oren nih


25)Reban/ gheban
-Jatuh musnah
“Hang ni aku nak kata hang tak sedaq diri , hang marah , dah tau berat hang tu macam anak ikan paus yang hang pi panjat almari tu pasaipa , satgi gheban la almari tu mak cik oi”

26)Gatai meghela /meghenyam
-Miang
Hang dok kenyit2 mata pa kat aku , aku terajang satgi terabuq gigi, dah la tua cucu 14 dok buat gatai meghela pa tang sini


27)Berlengaih / berlengas
-Melekit
Badan aku rasa berlengaih aih nak pi mandi takpa kot malam malam laguni

28)Belen
1.Baki
Mak Noq, mana belen saya lagi 2 kupanng ? Bukan berkira satgi saya nak pi tikam dapatlaa kacang dua genggam


2.Pompuan bohsia / tudung lipat atas , kain singkat ( minah banjir)
“Woi ,tengok tu belenn, awat lipat tudung lagutu taktau , ingat segak ka lagutu ?”


3.Bahasa bila orang marah , pastu cakap kat kita atau lebih teruk kaitkan makpak kita
“Mak hang belen


29)Menghenyut
-Banyak , ramai atau kena hurung boleh guna untuk binatang juga seperti semut
Tudia menghenyut orang kat Amanjaya, pakat pakat nak tengok konsert JomHeboh 

30)Dogoi
-Botak
Billy Mehmet sering diejek Keon toyol kerana kepalanya yang dogoi memang tak tumpah seperti toyol


31)Kelia
-Clear ( cantekk ahh )
Homework aku tinggai addmath sikit, pastu buat peka bio sat , lepaih tu keliaa aih


32)Mengaji
-Bukan sahaja mengaji iqra tu, boleh jugak bawak maksud belajar kat sekolah mahupun kat Universiti
33)Ketegaq
-Degil
“Paiz dok buat ketegaq dia , oghang suruh pi mengaji takmau , hang tengok besaq nanti nak jadik apa, nak jadik guard kat Kilang Biskut tu pun tak lepaih, punyalaa penyegan nak mampuih !


34)Kahaq
-Kasar , Tough , ganas pnya orang macam aku kui kui
“Tak padan ngan pompuan punya kahaq , ni mesti kecik2 luh geng ngan laki, pompuan ni"


35)Menyorok/Nyorok/Nyoghok
-Sarapan
“Jom nyoghok sat pekena roti teloq kat kedai tu, lapaq kot pagi2 ni”


36)Kutey
-Cubit yang kecik kecik tu , sakit kot
“Paley teruih tak keluaq bilik lepaih kena kutey ngan mak dia , merajuk pa taktau”


37)Segak
-Cantik,lawa,hensem. Digunakan untuk kedua dua jantina
38)Cengey
-Garang gila
“Muka punya segak , tapi awat yang cengey sangat ngan abang ni , nak kenai kenai ja tak buleh kaa?”ujar Pak Deris kepada Ina


39)Meghelit
-Lip lap , berkilat , shining gitu
“Dulu depa semua kata muka aku macam cina , tapi sejak balik PLKN ni aku ghasa macam bangla , hitam meghelit


40)Teriak /Teghiak/Gheyau
-Nangis teruk gila laa
“Toksah dok teghiak/gheyau laa ,makin huduh muka hang dah la memang huduh , tu pi lap hinguih hang tu”

41)Terjengoi
-Tiba2 ada,
“ Nak terberenti jantung aku tiba2 keluaq bilik ayaq nampak kepala terjengoi kut tingkap , rupa rupanya adik aku , kuang ajaq”
-Memang obvious nampak benda tu
“Awatla hang ni kedekut sangat, pi laa beli kasut baru ni teruk sangat aih sampai ibu jari terjengoi keluaq.Aku nak jalan sebelah hang ni pun rasa malu”

42)Kawaq
-Pencuri
Kawaq mana laa malam2 ni dok lesap moto orang , dah la moto aku Ex5 ja kot memang terdesak sungguh kawaq ni ”


43)Pelaq
-Celaka , sial ( selalu digunakan kalau orang tu tengah marah )
“Sampai bila kita nak tengok liga kita macam ni? Team kita teruk bukan sebab pemain, puncanya dari pucuk pimpinan FAM yg p*laq”


44)Ghunaih
-Perbuatan garu , korek , kopek kulit/luka mencungkil sesuatu
“Geram betoi tengok jerawat nih , rasa cam nak ghunaih ja”


45)Ligan
-Kejar
“Hang tunggu sat , aku ligan hang , satgi kalau aku dapat ,siap hang ! “


46)Nala
– baguih punya , ayat penguat
“Tudiaa rumah dia nala punya besaq , 7 keturunan muat kot”

47)Cekelat

 - semua jenih coklat , mentos , gula2 semua jadik satu jenih
Ngantuk la wey , huloq cekelat hacks kat aku sikit , dok pedih mata tahan ngantuk ,cikgu ni beletiaq apalaa nala punya panjang

48)Kasut

-semua jenih kasut dan selipar
“Nak keluaq pi sidai kain pakai laa kasut kak oi , satgi cacing masuk kot tapak kaki hang nanti naya kot”

49)Tanjai
-Terajang , tendang
“Agak agak kalau aku tanjai pala hang bengong kot seminggu”


50)Ghabat
-Panjat
“Elok dah , lepas makan ghamai ghamai ghabat naik katil , pakat tidoq” kata Joyah kepada Maten dalam dorm


51)Cabai
-Cili
“Hang jaga sikit mulut hang tu satgi aku cabai mulut hang naya kot!”


52)Tergagai
-Terhegeh hegeh camtu laa
53)cekang
-Hebat , terer
Cekang gila hang dapat 4 flat , aku pon dok tergagai ni”


54)Cebok
-Gayung
"Macamana aku nak basuh kaki nih , cebok takdak !"


55)Menyerit
-Sangat laju laa ,
56)Ayaq acaq
- Air kotor , air longkang , kumbah
“Depa bawak moto punyalaa menyerit , sampai terpercik ayaq acaq terkena kami, habeh basah aih”

57)Cempegha
-Perangai tak tentu hala ,Cam jakun laa
"Hampa pi tempat orang jangan dok buat cempegha sangat , malu kot oghang aih , dok tengok"

58)Boh pi
-Letak la macamana pun
Boh pi la lagumana pun janji keja hang kemaih n tersusun”

59)Bebai
-Merajuk yang memberontak gitu
“Tengok tu Jah , ikut perangai sapa taktau kena tegoq sikit , bebai ...bubuh penampaq baru dia tau” Kata Abu Musa kepada isterinya


60)Ghengau
-Cakar
“Hang toksah dok main main ngan kucing tok som tuh , kucing dia spesis laen sikit, punya cengey satgi dia ghengau hang masuk ICU kot”


61)Tokak
Gigit
“Woi Shapie hang dok buat berani pa acah2 anjing tuh , satgi dia ligan lepaih tu tokak hang, dengan aku aku sekali kena”


62)Keloi
-panggil
“Fans Johor yang dekat SDA tu , pi merendek lu woi balik pa awai awai , alang alang dok kat kedah dah , Danok dok keloi tu”


63)Camca
Sudu
“Hang ni makan guna tangan la dok mintak camca pasaipa , kita ni orang melayu lagipun sunnah makan pakai tangan ni”


64)Deraih/pedeghaih kata asal (deras)
-Sama macam menyerit tadi , laju laju
“Lapaq weh , jom pedeghaih pi makan nasik kandaq nasmir jom, tapi hang belanja la”

65)Daun Karapole
Daun kari
“Tok saya menyuruh saya mengambil daun karapole namun saya tidak mengerti lalu dia berkata kepada saya , sesungguhnya daun karapole itu daun kari” saya pun mengangguk kepala penuh keriangan lalu berkata kepada nenek saya “Habaq tak awat”



Sorry ayat aku macam tak best , mohon betulkan kalau salah -.-



Dan sesungguhnya banyak bahasa mencarut , maki hamun yang amat dahsiat yang saya tau tapi , tak payah la kot tulih sini :')


Buang yang keruh ambil yang jernih




Kalau nak kira , aku ni tak cakap pekat kot , setakat tukaq r jadi q ... camtu laaa *ya ka



Belum dapat kat orang yang cakap pekat tahap arwah , aku sendirik pun kurang paham

Laguni










Kalau dululaaa orang kedah @ utara cakap keyel memang kena gam/paku laaa
pasai “mak hang beranak tang mana”













tapi sekarang ramai jewwww ja yang cakap keyel




@aliayeahhhh




P/S : Masa aku balik , time cuti sekolah tahun lepas ( masa tu aku sekolah kat johor) aku cuma cakap air instead of ayaq dahhh kenaa pegheli bakhang . Sedih betoi hahahha



Tuesday, February 18, 2014

Food Craving

"One should eat to live not live to eat " - Moliere


Assalamualaikum dan selamat petang !

Hampa lapaq tak ?

Mai nenek nak suap sikit


Nganga mulut 


Kat rumah mesti dok keja makan ja kann ? haha tau dah sebab aku pun sama ahaks

Kalini aku nak share ...


 Maaa Feveret Food All The Time ~





10. Cheese Naan












Rasa cheese yang melimpah ruah , dinikmati bersama ayam tandoori pasti dapat membuka selera anda !





9. Ikan keli bakooor + air asam 


 


+




Sedap kot sebab isi ikan keli tu memang lembut dicicah dengan air asam memang kick la !





8. Gulai daging batang pisang





Selalu jumpa lauk ni time kenduri tambah tambah kalau kenduri dekat kampung . *Kalau boleh nanti aku kawen nak ada lauk ni dalam menu :3





7.Masak tempoyak pucuk ubi/pucuk kayu n kerabu pucuk paku




pucuk ubi

pucuk paku

Masak tempoyak pucuk ubi/pucuk kayu, kalau balik Nogori memang uwan den akan masak ni. Tempoyak main ingredient diaSelain pucuk ubi , pucuk ulam lain pun boleh letak jugak. Campur2.Oh petai pun ada.

Kalau kerabu pucuk paku pulak , kalau letak kerang memang superb ah !





6. Nasi goreng ikan Masin






Nasik Goreng Ikan Masin satu ! Kalau pergi kedai makan kat luar memang confirm order ni , dah takdak benda lain -.-





5. Nasi Kandar








Tudia Nasik Kandaq ! Aku memang suka gila nasik kandaq! Tapi aku selalu order kat mamak tu kuah manis sebab aku tak makan pedas sangat T__T Nasik kandaq yang best kat Penang , Nasik Kandaq Beratuq tepi Masjid Kapitan keling try laaa ! Memang pehmes laa situ pasai selalu keluaq TV !






4.Sup Gearbox










Perghhh , kalau dapat yang ada lobang tu memang best , lemak berkrim . Pakat dok berebut nak sedut guna straw cendoi yang besaq tuh 





3.Laksam





Aku kalau pegi Pasar Pagi ngan mak aku memang cari Kedai Mak Cik Laksam . Gilaa betoi pepagi makan laksam ! 





2.Laksa Penang






Baru semalam aku makan . Aku rasa tetiap hari aku makan ! Tak makan nasik pun takpa , memang daripada kecik feveretttt gilosss . Kena ada teloq bawang limau baru sedap !






 1. Char Koey Teow







Char Koey Teow Taman Selasih paling sedaplaa setakat nih. Memang ramai gila orang makan kat warung dia . N dia memang juai khas char koey teow sahaja.

Kalau hampa mai pagi ka tengahari , kim salam laa memang takdak, pasai dia bukak time malam ja! Kalau ada tuu taktau laa hampa kena pi kedai spek kot pasai rabun hampa teruk sangat tuh XD 

Kalau besaq RM4.50 kecik RM3.50 . Memang kenyang n tak rugi

Awat mahai ka ? Masak senirik laa !







Sebenaqnya

Semua makanan aku tibai ja 

Banyak lagi feveret macam pizza , kepsi , makaroni semuaa, tapi banyak sangat aihhh takkan nak tulih







Haihhhh ....

Makanan berkalori , berlemak , berminyak memang enak

Perangai pun naik lemak



Haha ,bye !



*Ni lagi sedaap*
Selamat Menjamu Selera









@aliayeahhh